ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG ..

Tuesday, 6 September 2016

RAHSIA KEAJAIBAN WANGIAN KASTURI WONDER BRACE

08:58:00

Share it Please
Kijang Jantan


Kasturi adalah wangian yang mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan tersendiri untuk pemakainya. Kasturi adalah entiti paling berharga daripada tubuh Kijang Jantan. 

Lagenda Kasturi yang merentangi latar zaman, masa, masyarakat dan kawasan geografi, rahsia kehebatan wangian kasturi terus diperkata sehingga hari ini dan semakin semakin mendapat permintaan tinggi kerana nilai qualiti bauannya yang yang harum. Sebaik-baik wangian dan sewangi-wangi haruman. 

Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan. 

Wangian kasturi bukanlah yang disangka daripada ektra pati bunga, buah buahan, kulit kayu sebagaimana industri pembuatan minyak wangi tetapi ia adalah daripada Bintil Kijang Jantan. 


Bintil Kijang Jantan


Sejak ratusan tahun Wangian Kasturi digunakan dalam pembuatan minyak wangi terbaik dan terunggul. 

"Sejak dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama".

Wangian Kasturi telah diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia". 

Di India pula, penggunaan Kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut. 

"Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya," 



0 comments:

Post a Comment