ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG ..

Saturday 3 September 2016

PENGENALAN

02:31:00

Share it Please

PENDAHULUAN


Kerjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sememangnya penuh cabaran tetapi menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang bersabar dan bekerja keras. Namun begitu, peluang perniagaan tidak mudah dikenal pasti dan hanya individu yang mempunyai sifat dan ciri-ciri keusahawanan sebenar dapat menghidu peluang tersebut. Pada masa yang sama mereka berupaya memberi penumpuan dan menjana daya pemikiran berterusan dalam bidang yang diceburi. Mereka sentiasa mengkaji senario dan masalah-masalah semasa, kehendak pengguna, kemahiran individu dan kumpulan, produk atau servis dari pesaing, keperluan pasaran dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, mereka akan bertambah yakin , lebih kompetitif, bersemangat dan merangka strategi yang sesuai untuk merebut peluang-peluang yang ditawarkan.



PENGENALAN


Logo Brace Beaute


BRACE BEAUTE adalah sebuah syarikat bumiputera milikan tunggal yang menjalankan kerja jualan produk kecantikan dan kesihatan secara atas talian. Di samping itu, syarikat ini juga aktif dalam menyertai karnival jualan dengan membuka gerai jualan untuk memasarkan produk keluaran BRACE BEAUTE. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 15hb Jun 2016 yang beralamat di E-5-15, Pangsapuri Seri Damai, Saujana Puchong SP1/1, Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor.


VISI DAN MISI SYARIKAT



VISI 

Menjadi salah satu syarikat terkenal yang mengeluarkan produk- produk kesihatan dan kecantikan.



MISI 

BRACE BEAUTE berusaha mengembeleng tenaga dalam pelbagai sumber dan beriltizam untuk mencapai misi dengan:-

i) Menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan yang halal dan memenuhi kehendak pelanggan.

ii) Menjadi saluran utama menyalurkan maklumat berkaitan makanan tambahan dan penjagaan kesihatan serta kecantikan.

iii) Memberi peluang kepada usahawan- usahawan yang berminat menjalankan perniagaan dengan modal permulaan yang berpatutan

iv) Membekalkan produk terus dari kilang tanpa orang tengah kepada stokis

v) Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan professional





0 comments:

Post a Comment